Wednesday 2 May 2012

     Hi semua..terima kasih kpd semua pengunjung blog ini..maaflah sudah terlalu lama tidak membuat status baharu..gambar ini diambil semasa program Bina Insan Guru ( 14 sehingga 17 februari 2012), wow nak jadi guru bukan mudah ea..banyak perkara perlu dipelajari..jadi yang berharap insan yang diluar sana janganlah suka rendahkan martabat kerjaya seorang guru....nak pegang jawatan sebagai seorang guru memang mudah tpi xsmua manusia mampu memikul tanggungjawabnya..bukan mesin yang hendak dihasilkan tapi manusia yang  dengan pelbagai ragam kehidupan itulah hebtnya kerjaya seorang guru.."banggalah anda kerana telah terpilih menjadi seorang guru....:)...



posing sebelum bertolak ke Setiawan Perak, (14 Februari 2012)



semoga ukhawah yang terbina berkekalan hingga ke akhirnya..."bersatu kita teguh bercerai kita roboh"



Kenangan tuk selama2nya..:)





lihatlah telatah2 bakal2 guru ini..nampak je macam budak2 tapi semua ok dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan..nak bukti?? ok nanti saya tunjukkan hehehehe.::::)



Tapak permulaan untuk mendaki ke Bukit Ungku Busu semasa Program Bina Insan Guru di Negeri Perak.

Friday 2 December 2011

Kami Sayang Mentor Kami

KAMI SAYANG BONDA!

Inilah Mentor Kami.. Amacam Cantik kan? Nama diberi Puan Siti Halimah Md.Yassin.. Asal dari Bandaraya bersejarah =)





Credit pic to Zara..



Kami bersyukur dapat mentor macam Puan.. Bukan setakat pensyarah, tetapi Bonda kami.. =)

SAYANG BONDA!!


Wajah Baharu Cik Blog

Assalamualaikum dan Salam Sayang Semua... ^_*

Lama tak jumpa kan? Hehe.. Apa Khabar semua..Harap2 semuanya sihat-sihat belaka..
Maaf sebab sebeum ni blog ni tak dapat buka.. Sebabnya, kami bagi private blog ni.. Blog ni p touch up kat Spa Q.. Macam orang juga, kalau nak ganti baju x boleh di khalayak ramai.. Malu lah nah cik Blog A+ ni kalu org tengok dia ganti baju.. hehe..Apa yang Cikgu Merapu ni..hehe

Okay, berbalik kepada pokok pangkal tajuk entri kali ni, " WAJAH BAHARU CIK BLOG?" Eh, Cik kah? Mana2 pun boleh.. Mr.pun bole..Dato pun boleh..hehe.. (mengada!) Alhamdulillah, dengan izin dan bantuan ALLAH S.W.T akhirnya Cikgu dapat juga update blog ni selama 1 setengah hari ,1 malam..

Mula2 sekali mesti lah cari baju dulu kan.. Nah, kalu dulu tema warna putih merah.. Kali ni temanya " UNGU+BIRU+PINK" Kesian bah, hai tu raya xda ganti baju.. Sempena Awal Maharram ni dapatlah juga ganti baju baharu..Hahaha.. Maaf xda gambar nak tunjuk baju lama..( sian, habis manis sepah dibuang) Anak2 murid di luar sana, jangan ikut perangai ni ya..^_*






Pastu, cuba usha header blog ni? Amacam? Setelah menghasilkan beberapa header, akhirnya header atas tu juga yang menjadi pilihan hati.. Comel tak? Maaflah kalau tak seberapa.. Sebenarnya Adobe Photoshop Cikgu di Spa Q rosak, tak dpt Install baru. Jadi terpaksa gunakan secara tradisional. Cikgu guna paint, Microsoft Word 2010 dengan Photoscape. Susah memang susah, tapi bak kata pepatah " Hendak Seribu Daya, Tak nAk Ya Sudahlah.." Hehe.. Kan3?  Berikut merupakan beberapa header yang Cikgu telah hasilkan tapi tak terpilih:


Header 1

Header 2

Header 3

Header 4

Header 5 ( Menjadi pilihan hati)



Alamak lupa mo bagitaw yang blog ni sudah tukar nama dari " Ada Apa Dengan A" ke " Ini Diari Cikgu A+" Maw nampakkan ke"cikguan" tu bah..hehe, Jangan Risau, sudah buat among-among(kenduri kecil) untuk pertukaran nama ni sekali doa selamat.. Maaf tak jemput ya.. Lain hari Cikgu jemput ya!


Seterusnya, Cikgu nak Bagitaw.. Cikgu ada beli Phone.. Phone Jenama Shoutbox Angry Bird.. eH, cikgu tak beli.. tapi adik Wan Hazel yang belanja Cikgu.. Baikkan dia.. Housing dia pun Wan Hazel yang belanja..  Kalau nak, pergilah website dia.. Google jak nama dia, confirm akan keluar.. Selamat Mencuba! Tapi yang ajar Cikgu guna phone ni Cik Lyssa kita.. Lepas ni, rajin-rajinlah hantar sms ya.. Phone Cikgu ni xperlu nak top up2.. SMS jak..=)
pesanan: kalau dah hantar sms tapi xdapat tutup balik, cuba kecilkan screen ya.. dah tutup baru besarkan balik.. Maaf atas kesulitan. Nanti Cikgu pg Kursus buat phone sendiri ya..(Tunggulah kalau A...photoshop Cikgu dah ada..hehe)


Handphone Cikgu..


Pastu Cikgu nak bagitaw cikgu ada reka button untuk link ke page-page tertentu. Gambar Cikgu ambil dari blog Mr. Fiz. dengan keizinan darinya. Untuk hasilkan button tu, Cikgu edit-edit sikit supaya tak tertayang gambar semata. Rajin2kan diri ya melawat jabatan-jabatan Diari Cikgu ni..hehe.. Hasilnya..


Ini Link Untuk Ke Profile Kami. Kalau nak berkenalan dengan Cikgu-cikgu A+ ni jangan lupa klik button kat tepi tu ya.. Faham? Dah faham? Bagus.. Bijak2.. =)

Ini Link Ke Gedung Ilmu.. Untuk adik2 guru pelatih bolehlah ambil nota dari sini. Jangan malu jangan segan. Ilmu untuk dikongsi!


ni link untuk ke page petua Cikgu.. Macam-macam ada.. Ada petua belajar, petua kesihatan, kewangan dan Macam2 lagi..=)

Selamat melancong ya..!


Seterusnya, nampak tak kotak susu dengan hati tu? Itu link untuk ke halaman utama.. =)





Apa lagi ya? Oh ya, Kat ruangan komen pun Cikgu dah touch up sikit.. Cubalah tengok sendiri ya.. Kalau nak tengok kenalah komen kan? Hehe..




Hm, perasan tak kelopak-kelopak bunga yang berguguran tu? Comel kan.. Siapa rindu musim bunga, datanglah blog ni. Pasti terubat Rindu di hati..Chewaah! Hehe..




Lagu pun dah tukar.. Cikgu tak mampu nak bayar gaji penyanyi2 popular ni.. Jadi Cikgu upah budak-budak untuk nyanyi tiap kali pelawat masuk kat dlm blog ni. Walaupun budak-budak, nyanyian diorang sedap dan lagu yang dibawakan mempunyai mesej yang bermakna.. " Teman Sejati" 


Last sekali nak cakap..

" KAMI BANGGA MENJADI GURU!" 



p/s: Banyak-banyak Istighfar, takut wujud perasaan riak.. Naudzubillah.. Jauh2kan..





JANGAN LUPA "LIKE" & FOLLOW OK.. SAYANG KAMU.. ^_*


Panduan Kewangan 1 : Bagaimana Nak Berjimat

Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!

Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.


Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?

Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:

* Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?

* Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.

* Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.

* Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.

* Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!

* Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

* Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!

* Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli

Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:

* Cari hiburan yang percuma atau murah.
* Berkongsi dalam pembelian yang besar
Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.


* Bertukar barangan atau perkhidmatan.
Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!






sumber AKPK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...